" Syabilla Binti Mazlan"

...Aku lebih mengetahui siapa diri aku dan aku sentiasa cuba untuk menjadi aku yang lebih baik..

Wednesday, August 17, 2011

15 perkara-Bila sudah pertengahan Ramadhan



Assalamualaikum..
Arini aku rase macam nak share something..hah!bile bercakap pasal pertengahan Ramadhan macam2 perkara dan isu dibangkitkan..Antaranya:

1- Pagi2 lagi sekeluarga dah siap2 nak keluar pergi cari baju raya, kasut raya, tudung raya, beg raya dan semua kelengkapan raya.

2- Mula menjejakkan kaki ke bakery shop untuk mencari bahan-bahan membuat kuih raya.

3- Bagi yang berasa xde mood buat kuih raye (macam aku =p ) mula menjelajah ke bazaar dan rumah2 kawan mak untuk menempah kuih raya,

4- Pergi ke kedai buku dan majalah mencari2 buku rasa, keluarga, wanita dan sebagainya untuk mendapatkan resipi juadah rumah terbuka untuk raya nanti.

5- Tak kurang jugak mereka berebut2 di groceries mendapatkan pelbagai lauk pauk untuk santapan berbuka. Lagi nak raya, lagi semangat nak masak macam2 untuk berbuka (macam aku =p)

6- Namun, ada juga yang bersesak2 di bazaar Ramadhan membeli lauk pauk yang sudah siap sedia dan tersangat la menawan hati dan membuat mata ligat memandang. Apatah lagi, sudah kurang bersemangat memasak di rumah akibat keletihan ber shopping raya.. =p

7-Tauke kedai cat tak putus2 menerima pelanggan membeli cat demi untuk mengecat rumah2 mereka.

8- Mercun berdentum sana dan sini..Berita hilang jari tangan dan kaki tak henti2.. =p

9- Tukang jahit makin tak tentu arah menyiapkan tempahan sampaikan kadang2 baju sendiri pun x sempat siap..

10- Kebanyakan rumah mula menjemur tilam, sofa,toto bantal dan segala kelengkapan rumah yang boleh dijemur.

11- Di stesen bas, ramai pelajar2 dengan semangat nya tunggu bas nak balik kampung dengan hati yang girang.

12- Bila masuk kereta, buka radio "SE...LAMAT HA..RI RAYA...." banyak lagu raya berkumandang.

13- Majlis berbuka puasa sana dan sini.

14- Dari saf ke 7 naik ke saf 5. Dari saf 5 naik ke saf 3. Dari saf 3, duduk depan sekali. Semakin ramai yang buat Solat Sunat Terawih di rumah agaknya..

15- Tak kurang juga yang terus bersemangat ke masjid dan surau bagi menunaikan solat Sunat Terawih dan terus menanti Malam Lailatul Qadar yang sangat dingini oleh semua umat Islam..InsyaAllah..

Semoga Ramadhan pada tahun ini mebawa 1000 makna kepada setiap umat Islam.

=)






wassalam..

No comments:

Post a Comment