" Syabilla Binti Mazlan"

...Aku lebih mengetahui siapa diri aku dan aku sentiasa cuba untuk menjadi aku yang lebih baik..

Sunday, August 21, 2011

5 BR dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..tadi aku denga tazkirah yang sangat menarik perhatian aku untuk dikongsikan bersama..BR yang dimaksudkan:

1- Baran

Kita semua pernah perasan tak?Secara automatiknya apabila kita berada di Bulan Ramadhan kita boleh kawal baran atau pun kemarahan kita.Kita boleh menjadi lebih sabar berbanding kebiasaannya.

2- Boros

Hah! Perkara yang sering menjadi isu yang sangat2 serius bila tiba bulan Ramadhan. Berduyun2 pegi bazaar Ramadhan, membeli itu dan ini..Itu baru perbelanjaan Ramadhan.Belum lagi persiapan raya. Lagi la.. Jadi beringat2 berbelanja. Jangan sebab nak beraya sakan, sanggup berhutang sana sini keliling pinggang.

3- Boroi

Pon satu masalah yang sering menjadi isu. Sepatutnya boroi akan mengempis bila tiba Ramadhan.. Cuba lah tengok. Kita menghayati Ramadhan tak? Makin boroi atau pun dah kempis..renung2 kan.. =)

4- Borak

Masa zaman sekolah dulu, time2 puasa biasanya dah nak cuti sekolah dan dah abis exam. so selalu datang sekolah, jumpa member2 dan borak2 macam2 cerita. bila puasa kadang2 ada la kedengaran "uish!jangan mengata lah. tak baik. bulan Puasa.. hah! ok la tu. kita boleh beringat.. moga2 bila bukan bulan Ramadhan pun kita boleh beringat..insyaAllah..

5- Buruk

Jangan salah faham tentang buruk ini. Bukan la dikatakan kita manusia ini buruk. Cumanya bak kata ustaz tadi, kadang kala kita berkelakuan buruk tanpa kita sedari. Sebagai contoh, tabiat kitra apabila berdepan dengan makanan.bila kenduri tahlil, semua menunggu Tok Imam tanda hormat pada Tok Imam..Bila Tok Imam dah masuk rumah, baru ramai2 masuk. Tapi bila dah abis tahlil, berderu semuanya keluar untuk mengambil makanan. tidak pula menunggu Tok Imam..atau pun bila kita makan buffet di jamuan makan.x sah kalau x penuh pinggan..bagaikan tak cukup syarat kalau x ambil makanan penuh pinggan.bila yang depan2 ambil banyak, yang dibelakang kadang kala x dapat la merasa.bila tengok balik pinggan2 yang makanan penuh awalnya tadi, tak pula habis makanan nya. Kesian yang ambil lambat tadi sampai x dapat merasa..

Kesimpulannya di sini, sebenarnya Bulan Ramadhan ni banyak manfaat nya. Di samping menjadi bulan untuk umat Islam memperbanyakkan amalan, Ramadhan juga menjadi bulan ilmu. Ilmu dan pengajaran yang wajar diperolehi dan dipraktikkan oleh seluruh umat Islam.

Wassalam.... =)

No comments:

Post a Comment