" Syabilla Binti Mazlan"

...Aku lebih mengetahui siapa diri aku dan aku sentiasa cuba untuk menjadi aku yang lebih baik..

Tuesday, July 5, 2011

Ibu dan Bapa...

Assalamualaikum.. =)
dah minggu ke2 aku di rumah setelah aku selesai practical kt UPM..UPM macam mane?great!!sangat2.. staff baik,task best, great experience dan toilet pon bersih(itu penting ok!!)..so, akibat daripada tidak mendapat keizinan dari abah untuk keje, aku diberi keje oleh mak iaitu berkhidmat sebagai drebar baby(adik aku). so seawal jam 7 aku akan g hantar baby gi sekolah..pastu tengah hari aku akan gerak dari rumah pukul 12.30 tengah hari sebab nya mak pesan kalau gi lambat, x dapat tempat parking.pastu nye aku fikir..banyak betul parents ambil anak2 mereka sampai penuh depan sekolah adik aku tu. aku pun relax2 gi sekolah baby..aku parking tepi bus stop,aku tengok bus stand tu tak dipenuhi student. tp dipenuhi ibu dan ayah student yang terdiri dari pelbagai kaum.aku duduk dalam kete je.sebab nya aku bawak debab(elman muslim:anak sepupu yang mak jaga). kang takut dia lari2 terlepas kat jalan pulak..aku perhati sekeliling.ada jugak parents lain yang duduk je dalam kereta.tapi aku terpandang seorang uncle india naik motor Kriss Modenas.tidak berapa lama kemudian aku tengok uncle tu tdo..die tdo kat handle moto die..sayu nye aku tengok..uncle tu pakai kemeja.mungkin dia keluar kejap mase keje utk ambil anak nya..belakang kete aku, aku tengok kt side mirror, ada makcik berbasikal kt bus stop..nampak gaya pun macam tengah tunggu anak die..aku terharu..besarnya pengorbanan ibu dan bapa..aku tak nampak semua nie mase aku skolah dul..lagipun aku naik bas sekolah dul..form5 baru abah kata abah nk hantar(otw abah keje) dan ambil (otw abah balik makan) tu pun kalau abah lalu sekolah aku nk g bank..kalau tak, aku naik bas.. =)
so, nak diceritakan kat sini..aku kagum dengan pengorbanan mak abah..aku sensitif sikit kalau cakap pasal hal ibu bapa nie..aku sebak..namun aku tahu, sebagai anak kita perlu balas pengorbanan mak abah kita. bukan wang ringgit yang mereka inginkan.cukup sekadar membuat mereka senang hati dan bahagia.aku pasti itu saja yang mak abah kita nak dari kite..renung2 kan.. =)

wassalam..

p/s: ALONG SAYANG ABAH NGAN MAK...

No comments:

Post a Comment